Sunday, May 09, 2010

Kriteria-kriteria yang diidamkan kaum Adam dari kaum Hawa.

Ok.. Ari ni aku nak story plak pada gadis2 diluar sana apa yang lelaki sebenarnyew nak, emosi dan sifat sebenar lelaki terhadap perempuan… So,lepas ni aku harap korang sume faham lh siapa sebenarnyew lelaki a.k.a balak a.k.a pakwe a.k.a boyfren korang.. Lepas ni korang tau lah apa yang lelaki sebenarnyew nak dari perempuan dan ciri2 perempuan yang diidamkan lelaki… Jangan ingat ko cantik + kaya, lelaki akan suka ko.. Bek ko baca ni…

1. 1. Kalau korang (perempuan) nak tau, lelaki ni suka perempuan yang bertolak ansur.. Ni fakta taw… Tak caye tanya lh laki korang sendiri.. Saling bertolak ansur akan m’buat hubungan menjadi HARMONI…

2. 2. Semua orang tau yang perempuan ni terlalu menitik beratkan soal penampilan.. Tapi tau tak korang yang korang sebenarnyew tak payah nak cerewet sangat dalam soal penampilan ni… Sebab kebanyakan lelaki lebih suka kan perempuan yang sederhana.. Gaya wanita timur lah yang menjadi pilihan lelaki yang sukakan kesederhanaan… So,buat apa nak tiru gaya2 barat tu, tak perlu k..

3. 3. Jangan ingat perempuan jew cerewet taw, lelaki pun sama gak.. Sebab kebanyakan lelaki betol2 mementingkan kesempurnaan dalam hidup…

4. 4. “Lelaki cepat tewas dengan air mata perempuan?”.. Alahhh,benda ni budak pra-sekolah pn tau… Beselah,sape tak lemah beb.. Tambah2 if insan yang disayangi mnitiskan air mata… Gua surrender beb.. Air mata tu cukup bernilai taw, skali jew air mata tu menitis, abislah korang.. Haha

5. 5. Kalau gadis2 nak tau, sejahat mana pun gaya n lelaki tu.. Dia akan tetap terpesona dengan gadis yang tau jaga maruah diri… Yelah,tak kan lah aku nak bagi mak aku menantu pelastik.. So,pandai2 lah korang jaga maruah diri korang k… Sayang mcm mana skali pun korang pada teman lelaki korang,jangan sesekali gadaikan maruah diri korang.. Ingat tu!!!!!

6. 6. Tak kira baik macam mana pun perempuan tu.. Sifat yang paling terpuji lelaki idamkan dari teman wanita dorang adalah sentiasa berada d’sisi teman lelakinyew tak kira masa susah ataupun senang… Beselah tu,biler dah saling memahami, susah senang kita lalui lah bersama k.. Memang lah lelaki ni kuat dan mampu hadapi segala kesusahan sendirian… Tapi dorang tetap perlukan sokongan dari seorang perempuan.. Pernah tak dengar “sebaik2 perempuan tu,akan tetap ada lelaki yang memimpinnyew dan sekuat2 lelaki, perempuan lah yang menjadi penyokongnyew”… Tu sebab Allah ciptakan manusia berpasangan (lelaki dan perempuan) sebab kedua2nyew saling memerlukan untuk saling lengkap melengkapi..

7. 7. Lelaki ni, kalau korang nak memiliki atinyew.. Korang mestilah memiliki ati maknyew sekali… Sebab bagi aku perempuan ni bukan hanya untuk diri ktew, tapi untuk mak kitew skali.. Mana yang mak aku nak, tu yang akan aku dapatkan…

8. 8. Lelaki ni walaupun nampak keras dan kasar, tetap ada naluri dan memiliki ati dan perasaan.. So,jangan lah asyik harapkan lelaki jew jaga perasaan kitew… Kitew pn kena jaga perasaan lelaki jugak.. Biasalah,manusia…

9. 9. “Lelaki suka perempuan yang kelakar?”.. I’ll say YES… Kalau korang nak tau, zaman sekarang ni lelaki tak hadap lah perempuan yang berharta dan cantik.. Perempuan yang dicari adalah perempuan yang pandai menghiburkan atinyew… So,perempuan yang kelakar menjadi pilihan.. Perempuan ni sebenarnyew comel sangat biler wt benda2 yang kelakar… I like it, Thumbs up..

10. 10. Lelaki sebenarnyew kagum dengan perempuan yang cekal serta tak mudah mengalah dalam situasi tertekan.. Yelah, ni baru tertekan sikit da mengalah + menangis… Lelaki bole fed up k.. Apa pun masalah dan situasi, lelaki akan tetap berada disisi perempuan yang dorang sayang sebab lelaki tak kan biarkan perempuan menanggung masalah dan situasi tertekan sendirian… Go2 chaiyok girl..

11. 11. Lelaki suka perempuan yang murah ati dan baik ati, bukanyew murahan taw.. Dan lelaki jugak tau perempuan yang buat2 berlakon baik dengan perempuan yang betol2 baik… Alahhh,perempuan pun sebenarnyew bole nilai sendiri lelaki tu betol2 baik or buat2 baik.. Awas, jangan tertipu…

12. 12. Lelaki sukakan perempuan yang berpenampilan menarik dan sesuai dengan citarasanyew.. That’s why aku cakap tak semestinyew ko cantik dan kaya, semua lelaki akan terpikat dengan ko… Cukup dengan berpenampilan menarik, sedap mata memandang dan sederhana,tu pun da cukup bagi aku..

13. 13. Penting!! : Lelaki suka perempuan yang tahu memasak serba-serbi.. Bukan yang cuma tau kt kedai mana mkanan sedap or cuma pandai call delivery… hehehe Alahhhhh.. Tak payah pun kalut2 nak belajar memasak… Yang basic2 sudah.. Kalau aku, aku tak kisah sangat if Isteri aku tu tak pandai memasak… Tapi law b’hadapan dengan mak aku nanti pandai2 lah bawak diri k.. Dapur tu bukan territory aku, so tak dapek den nk monolong…

14. 14. Lelaki ni tak suka taw teman wanitanyew puji ketampanan dan kekacakan lelaki2 lain dpan dorang.. So, yang perempuan2 ni jangan lah puji lelaki lain depan teman lelaki korang k… Sedih dye taw.. Memanglah tak nmpak yang lelaki tengah sedih, tapi ati, spe jew yang Nampak yang ati tengah sedih…

15. 15. Kalau perempuan ni cepat bosan terutama nyew dengan kekasihnyew.. Lelaki pn… Lelaki tak suka perempuan a.K.a teman wanitanyew bercerita perkara2 yang membosankan.. Apa kata sekali-sekala biler da tak de topic tu korang ajak lah teman lelaki korang bercerita tentang hubungan korang, msa depan impian korang… Sebenarnyew sume tu lagi indah jika d’ceritakan bersama taw.. Korang bayangkan lah sendiria…

16. 16. Lelaki cukup tak suka biler perempuan cakap “Semua lelaki sama jew”.. Ingat, jangan sebab sorang lelaki, semua lelaki korang nak salahkan… Setiap manusia ni kan lain antara satu sama lain.. Dorang memiliki citarasa, habit, dan karakter yang berbeza… So,jangan hanya kerana sedikit kesilapan kecil yang dilakukan lelaki kt korang, semua lelaki dipersalahkan.. Benda tu boleh menyakitkan ati lelaki…

17. 17. Walaupun lelaki faham sifat semula jadi perempuan yang kuat berleter dan perempuan comel sangat biler berleter.. Tapi lelaki boleh menyampah taw dengan perempuan yang kuat berleter… Kalau ada apa2 tu apa kata d’bawak berbincang dan dengar dari kedua2 belah pihak terlebih dahulu.. Kan tu lagi baik…

p/s: Aku sebenarnyew tak kisah pun klu perempuan kuat berleter.. Da memang perempuan macam tu, so kenalah faham dorang… Agpun aku dah lali lah kena leter sejak dari kecik dengan bini bapak aku (emak aku lah 2).. hehe

18. 18. Lelaki ni cepat tercabar taw if kemampuan dirinyew diperlekehkan terutamanyew d’khalayak ramai.. Giler,sape tak panas kn? So, if lelaki tu b’sikap humble, jangan lah korang ingat dye tu tak berguna… Setiap manusia akan ada kelebihan dan kelemahannyew taw.. Tu yang Allah dah kurniakan kt setiap manusia…

19. 19. Lelaki jugak ada sifat MOODY taw.. Jangan ingat perempuan jew boleh moody2 ni… So,pandai2 lah korang ambik ati pasangan korang k..

20. 20. Nak tau tak yang lelaki tak berapa suka perempuan yang suka mengumpat? Yelah, buat apalah dengan pasangan kitew pun ktew nak ajak mengumpat.. Dah lah dedahkan aib orang lain, da tak pasal2 pasangan korang tu pun sama2 dengan korang dapat dosa… hahaha

21. 21. Lelaki ni suka perempuan yang manja, tapi kalau sifat manja yang keterlaluan bole mengundang rasa bosan kepada lelaki tu taw... Yelah, law nak manja2 tu memang tak salah.. Bergantung pada mood lah… Kalau setiap masa korang nak manje, lemak lah.. hahahaha

22. 22. Nak tau tak salah satu cara lelaki nilai perempuan? Pada bilik perempuan tu sendiri.. Lelaki tak suka perempuan yang mempunyai bilik yang berselerak dan tak berkemas… Yelah,law da kahwin nanti sape pulak nak kemas bilik, tak kan asyik nak harapkan bibik j.. Korang tak payah lah sampai nak bawak teman lelaki korang masuk bilik korang, ada banyak cara lelaki bole tau macam mana keadaan bilik korang…

23. 23. Merokok? Lelaki mana yang nak perempuan yang merokok.. Ingat style kew,nnt tak pasal2 time mengandung pun nak smoke gak… Lagipun merokok tu kan membahayakan kesihatan.. So,katakan tak nak kepada rokok.. ngeeeeeee…

24. 24. Lelaki cukup tak suka perempuan yang terlalu suka bersosial.. Memanglah tak salah nak berkawan dan bersosial, tapi mestilah ada batasannyew… Kalau bersosial sampai da tak bole jaga dan respek pasangan dan relationship, buat apa nak teruskan relationship tu lagi.. That’s why lah lelaki akan meninggalkan pasanganyew(perempuan) yang terlalu suka bersosial sampai da tak de batasannyew lagi dalam pergaulan…

25. 25. Kajian yang dijalankan oleh Prof. Confident mengatakan bahawa lelaki kerap kecewa dengan perempuan yang susah nak buat keputusan terutama dalam hal yang berkaitan dengan hubungan cinta jangka masa panjang iaitu perkahwinan.. Tapi jangan lah salah kan perempuan kalau diri kitew ni masih belajar dan masih m’harapkan biasiswa dari mak bapak… Da ada kerja tetap, kewangan da kukuh barulah korang boleh menggatal teruskan hubungan cinta untuk jangka masa panjang ni.. “Btowl x boo?”… “Btowl long” kata ibu sambil tersenyum.. hehe

26. 26. Lelaki pun macam perempuan jugak lah, tak suka dipaksa terutamanyew ketika membuat keputusan.. Renung2kan dan selamat beramal…

27. 27. Tahukah anda yang lelaki ni lebih kuat berahsia dari perempuan terutama sesame lelaki.. Lelaki ni susah nak berkongsi masalah, harapan dan masalah peribadi… Bagi lelaki rahsia tu rahsia individu.. Beselah, baru macho kn? Last biler masalah tu da terlalu berat, tak pasal2 mental…

28. 28. Dalam sesebuah perhubungan, lelaki ni betol2 mengharapkan kejujuran.. Bagi lelaki kejujuran tu amat penting… Lelaki menginginkan pasangan nyew menyimpan segala rahsia perhubungan dengannyew.. Ingat,bukan sume benda kitew bole post kat facebook…

29. 29. Kadang2 orang cakap yang kritikan ni bagus untuk memastikan kitew jadi insan yang lebih baik.. Tapi ada segelintir lelaki yang tak suka d’kritik… Dorang ni tak terasa terbuka untuk menerima kritikan.. So, be careful k…

30. 30. Akhir sekali, lelaki ni akan jaga kitew dengan baik dan menjadi sahabat ktew yang paling baik if ktew jaga dye n jadi sahabatnyew yang paling baik.. Beselah, ktew buat baik kt orang, orang pun akan baik dengan ktew…

Sebenarnyew ada banyak lagi benda yang perempuan kena tau dan faham bout lelaki.. Tapi aku akan post next time sebab da penat menaip ni… Bagi kaum2 hawa yang baca post ni, harap ambik iktibar lah dari blog ni.. Yang baik tu datangnyew dari Allah, yang buruk tu dari ktew sendiri…

Nukilan Andy deCzar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites