Tuesday, October 18, 2011

Selangor VS Terengganu


Malam ini bermulanya separuh akhir pertama Piala Malaysia ,dimana pastinya debaran kini dirasai oleh pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir iaitu Selangor vs terengganu 18 oct 2011  Sudah tentu kedua-dua pasukan akan mencongak strategi terbaik untuk mengharungi pusingan pertama bagi membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik pada 22 oktober ini. Selepas dua kejuaraan liga Malaysia musim ini menjadi milik pasukan pantai timur, Terengganu kini dalam misi memburu kejuaraan kedua bermula dengan perlawanan separuh akhir pertama menentang Selangor malam  ini. jadual perlawanan  Selangor vs terengganu adalah pada pukul 8.45 malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Terengganu berjaya  menyingkirkan juara bertahan Kelantan dalam saingan suku akhir minggu lalu, Terengganu kini mempunyai motivasi tinggi menjelang perlawanan menentang selangor di Stadium Shah Alam. Jurulatihnya, Irfan Bakti bakal melakukan satu lagi kejutan di Shah Alam dan memastikan mereka membawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti.Sandaran pastinya kepada tiga penyerang sensasi Ashaari Samsudin, Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat untuk mengegar gawang Selangor.

Bagi Selangor pula, kecederaan lutut yang dialami kaptennya, Amri Yahyah pada perlawanan suku akhir kedua Jumaat lalu menjadi kebimbingan P. Maniam yang terpaksa mengatur semula percaturan pasukanya jika Amri gagal kembali cergas sepenuhnya.Irfan Bakti sudah pun memulakan ‘perang psikologi’ dengan mengatakan betapa Selangor barisan harus digeruni. Jurulatih kepada skuad yang menjuarai Piala FA itu melihat saingan di Stadium Shah Alam pasti akan memberi kelebihan kepada tuan rumah pimpinan P Maniam dan akur mereka harus memberi fokus 100 peratus ketika lawan ghairah mencari modal selesa.

Boleh dikatakan Irfan bakti berkemungkinan mengunakan strategi menyerang balas ketika Selangor ghairah menyerang dihadapan penyokong sendiri.Sudah pasti Terengganu perlu mengelakkan memberikan Selangor sepakan percuma dari tempat bahaya oleh syafiq Rahim seperti yang berlaku pada saingan suku akhir menentang Perak tempoh hri yang membuatkan Perak menggigit jari dengan 3 sepakan percuma dari Safiq rahim menerjah gawang Perak.Ini pasti menjadi ujian getir buat Terengganu.

Barisan Red Giants yang beberapa minggu lalu di ambang penyingkiran dalam peringkat kumpulan, kini menghidupkan misi merangkul kejuaraan ke-33 Piala Malaysia.  Apa yang pasti, saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam menjadikan satu pertembungan yang cukup hebat. Untuk rekod,  Selangor dan Terengganu pernah bertemu dalam separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2007 dengan kemenangan berpihak kepada Selangor. Terengganu pula pastinya mengharapkan tuah menyebelahi mereka kali ini selepas tewas dalam tiga penampilan terakhir mereka di separuh akhir.

Sama-sama kita tontoni  Selangor vs terengganu piala Malaysia 18 oktober  2011 malam ini….pastinya mendebarkan.

Viva Selangor!!! Viva The Red Giant!!!!

p/s: Saksikan  Siaran langsung Separuh Akhir piala malaysia 2011 Selangor vs terengganu 18 oktober  2011 di tv1 8.45 malam di  Stadium  Shah Alam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites