Yes, after more than 9 month I have publish a story about Triad Society atau lebih dikenali sebagai Kongsi Gelap, entry ini sudah dibaca setiap hari oleh lebih 1,000 pembaca dari seluruh dunia.
(Rojak bahasa aku dah. Takpe,kite semua 1Malaysia,1bahasa dan semuanya serba 1 macam hantaran.)
Lihat sahaja screen shot dibawah, entry tentang kongsi gelap dibaca lebih 5 kali dalam 1 hari dari pembaca yang tidak di ketahui asal usulnya. Kenapa semua orang nampak begitu berminat kisah tentang kongsi gelap? (Nak tambah lagi 1, "1Malaysia, 1Bahasa, 1Bangsa, 1Minat.")
Idea awal untuk menulis tentang Kongsi Gelap ini tercetus setelah lebih 2 minggu ketandusan idea untuk menulis blog. Jadi idea untuk menulis tentang Kongsi Gelap pun hadir tanpa diundang. Kenapa aku nak cerita pasal Kongsi Gelap ini? Aku dah anggap Kongsi Gelap ini dah macam trend remaja zaman sekarang. Jadi aku pun terus menulis tentang cerita ini untuk menarik minat pembaca. Langsung takde niat nak tunjuk kepala ke, nak cari pasal ke or menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Selepas menulis tentang kongsi gelap ini, macam-macam komen aku terima dari pembaca-pembaca. Ada yang suka, ada yang tak puas hati, ada yang marah dan macam-macam lagi lah. Ada yang positif dan ada yang negatif. Yela,kita semua warna hati je sama merah, tapi isi hati semua lain-lain. Ini adalah contoh komen yang bernas dari salah seorang pembaca. Saya benar-benar memohon maaf kepada peng'komen' dibawah jika apa yang saya tulis lebih 70% adalah tidak benar. Saya tao niat saudara hanya untuk menegakkan kebenaran. Terima kasih dan minta tunjuk ajar yaa saudara. Dan saya ingin memohon maaf jika ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati.
Apa pun komen dari pembaca, aku akan terus menulis dan menulis. Aku akan terus menulis tentang Kongsi Gelap dan mungkin akan menerbitkan satu label hanya untuk Kongsi Gelap. Niat bukan untuk memburukkan atau menarik minat pembaca untuk menyertai geng-geng kongsi gelap. Aku cuma nak berkongsi cerita dan sedikit info sahaja tentang kongsi gelap. Diharap entry aku tentang kongsi gelap selepas ini akan diterima pembaca. Sebelum menulis lebih banyak entry tentang kongsi gelap, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada yang tidak suka, ada pihak yang terasa atau jika ada yang tidak setuju tentang idea aku untuk menulis artikel tentang kongsi ini. Aku hanya menulis apa yang aku tau, mohon maaf jika ada yang di tulis mungkin fakta yang tidak benar atau ada mana-mana pihak yang tersinggung dan membantah penulisan aku tentang topik ini.
Sebarang komen atau jika ada yang tidak bersetuju, boleh lah suarakan hak anda di comment box di bawah.
Manusia yang cemerlang bermulanya dari akal, hatinya yang tenang dan jiwanya yang mantap.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
0 comments:
Post a Comment