Friday, June 03, 2011

American Truth

NEW YORK: Kebanyakan rakyat Amerika didapati tidak pernah menipu mengenai umur mereka, mengakui Islam adalah agama paling aman berbanding agama lain, sanggup hidup tanpa penerbangan berbanding tanpa internet dan dalam banyak hal mempunyai hati romantis, menurut kajian terbaru.

Hampir separuh daripada 848 orang dewasa yang menjawab soal selidik dalam kaji selidik 60 Minutes/Vanity Fair juga berkata mereka menyifatkan Islam lebih aman berbanding kebanyakan agama lain dan 81 peratus berfikir kesakitan akibat patah hati sama seperti kesakitan fizikal.


“Hasil kajian mendapati majoriti rakyat Amerika adalah romantik,” kata CBS dalam laman webnya. 

“Seperti yang Shakespeare katakan ’tentunya cinta sejati tidak pernah berjalan lancar’ dan kebanyakan orang akan memahami perasaan dengan keseronokan sepenuh hati dan kesedihan jika patah hati,” katanya. 

Hampir 9 daripada 10 wanita dan tiga perempat lelaki bersetuju dengan sentimen itu. Kajian ini mengemukakan soalan kepada rakyat Amerika mengenai topik berkisar daripada agama dan politik hingga ke selebriti dan sukan. 

Sebanyak 73 peratus berkata mereka tidak pernah menipu mengenai umur dan jika diberi pilihan antara menaiki penerbangan dan internet, 61 peratus berkata lebih mudah hidup tanpa penerbangan berbanding 32 peratus yang sanggup hidup tanpa internet. 
Hampir tiga perempat rakyat Amerika berkata perbicaraan terhadap atlit profesional kerana menipu seperti pemain bes-bal, Barry Bond yang menelan belanja AS$6 juta (RM18 juta) adalah membazirkan duit pembayar cukai dan hanya 21 peratus saja bersetuju ia berbaloi. – Reuters 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites