Beberapa blog telah membuat pendedahan awal mengenai perancangan Anwar untuk membebaskan diri sekiranya didapati bersalah pada 9 Januari ini.
Perancangan ini melibatkan gerakan besar-besaran oleh sebahagian besar gologan mahasiswa melalui Solidarity Mahasiswa Malaysia selain dari beberapa kumpulan lain seperti Majlis Peguam yang akan terus memainkan isu hak LGBT melalui Walk For Freedom dengan dibantu oleh talibarut dari dalam UMNO sendiri. Kesemua kumpulan yang terlibat adalah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 50 ahli kumpulan dalam BBM masing-masing bagi memastikan pergerakan yang benar-benar besar dan berkesan.
Dana bukan masalah langsung kali ini, menurut sumber-sumber dalaman. Ini telah dipastikan oleh Anwar bagi menjamin kebebasannya benar-benar menjadi nyata.
Menurut sumber dalaman juga, mereka yang terlibat mungkin akan menerima peruntukan telefon bimbit dan alatan lain yang perlu selain wang tunai yang dimasukkan ke akaun masing-masing bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Kempen atau pergerakan untuk membebaskan Anwar ini merupakan usaha terakhir dan terbesar dan ia mesti dijayakan kerana Anwar tidak sanggup lagi menghadapi kehidupan di penjara.
Matlamat Anwar ialah menggulingkan terus kerajaan melalui demonstrasi besar-besaran pada hari tersebut. Jika matlamat ini tidak mampu dicapai dalam hari yang sama, Anwar perlu memastikan agar pergerakan ini berterusan selama mungkin dengan tekanan dari rakan-rakannya di barat ditingkatkan sehingga memaksa kerajaan Malaysia mengalah atau digulingkan.
Bermula 9 Januari ini, mahasiswa-mahasiswa Melayu Islam yang memuja Anwar kerana benar-benar percaya akan ketokohan beliau sebagai seorang pejuang Islam tulen, akan mendapati bahawa mereka juga sebenarnya sedang memperjuangkan hak kumpulan-kumpulan songsang, dan bukan hanya memperjuangkan kebebasan Anwar.
Selain itu, melalui perjuangan membebaskan Anwar ini juga, mahasiswa-mahasiswa ini juga akan sama-sama memperjuangkan agenda barat yang tegar menerapkan fahaman pluralisme dan liberalisme ke seluruh dunia di samping membantu kumpulan-kumpulan tertentu melemahkan Melayu dan Islam di Malaysia.
Adalah hampir mustahil untuk kita menyedarkan mahasiswa-mahasiswa yang telah dibasuh otaknya ini bahawa mereka telah diperdaya oleh musuh-musuh Islam melalui perjuangan mereka membebaskan Anwar Ibrahim.
Sedangkan kita tahu, sebahagian dari mahasiswa ini benar-benar kosong mengenai sejarah Anwar dan kabur mengenai perincian kes liwat 1 mahupun 2.
Tetapi kita juga tahu bahawa sebahagian dari mereka ini memperjuangkan Anwar kerana cukup arif akan ‘siapa’ Anwar serta simpati dan memahami jiwa seorang homoseksual atau biseksual sejati.
Dan kita juga tahu bahawa ada sebahagian lagi yang turut sama dalam perjuangan ini semata-mata kerana wang atau sekadar mengikut kawan-kawan.
Walau apapun alasan mereka untuk memperjuangkan Anwar, pihak berkuasa wajib mengenakan tindakan tegas ke atas mahasiswa-mahasiswa ini sekiranya mereka benar-benar melakukan huru-hara pada 9 Januari nanti. Sebagai seorang yang mengaku sudah cukup bijak, terpelajar, matang malah beriman, mahasiswa-mahasiswa ini harus bersedia bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri.
Mereka harus bersedia menempuh masa depan dengan tiada kelulusan universiti, kerana jika mereka tertangkap mereka pasti akan dibuang tetapi sekiranya mereka berjaya menggulingkan kerajaan juga belum pasti lagi negara akan aman damai dan universiti mereka akan dapat beroperasi seperti sediakala dalam masa yang singkat. Lihat saja berapa lama yang diambil oleh Mesir dan Libya atau Iraq juga, yang sehingga hari ini masih lagi merangkak untuk pulih semula.
Untuk mengharapkan para mahasiswa ini berfikir sehabis-habis sebelum memusnahkan masa depan diri dan negara sendiri adalah sesuatu yang sia-sia kerana mereka sudah tidak mampu berfikir lagi.
Namun, harapan kita ialah kalaupun benar mereka perlu diajar melalui kesilapan, sekurang-kurangnya janganlah sampai seluruh negara terpaksa menanggung kesilapan mereka. Justeru, adalah lebih baik jika pihak berkuasa memantau pergerakan mereka dan membendung kegiatan tidak sihat yang mereka cuba cetuskan sebelum keadaan menjadi parah.
Jika benar mereka ingin berjuang dan bukannya belajar, biarlah mereka berhenti belajar dari menghabiskan duit kerajaan dan ibu bapa. Tempat yang mereka kosongkan di Universiti bolehlah diisi dengan pelajar-pelajar yang bakal berguna untuk agama, keluarga, bangsa dan negara dan bukan yang jenis suka memusnahkan segala-galanya.
0 comments:
Post a Comment