Friday, January 28, 2011

KONGSI GELAP?? Apa Tu!!! (Part 1)

Aku tak faham kenapa sekarang ini ramai budak sekolah (remaja) terutama budak-budak Melayu terjebak dalam kegiatan kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan gangster. Menjadi ahli kumpulan kongsi gelap dan gangster sudah menjadi trend, dah jadi satu sesuatu yang popular. Aku katakan popular adalah kerana remaja yang terjebak dalam kumpulan haram ini bukan sedikit jumlahnya. Kalau tak percaya, korang boleh survey sendiri sekolah-sekolah di Lembah Kelang ini. Aku boleh potong jari kalau korang jumpa satu sekolah yang tiada ahli kongsi gelap (yang terdiri daripada para pelajarnya). Bukan sekolah-sekolah di Lembah Kelang sahaja, malahan sekolah-sekolah di bandar-bandar utama di Malaysia ini pasti mempunyai pengaruh kumpulan kongsi gelap atau kumpulan gangster di dalamnya.

Budak-budak ini sanggup membayar sejumlah wang yang bukan sedikit semata-mata untuk menjadi ahli kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini. Guna duit yang mak bapak kasi buat beli buku untuk masuk kongsi gelap. Ceh,Poodah!!!...

Bila dah jadi ahli, mulalah rasa diri tu dah kuat sebab ada orang 'back up' diaorang... mulalah tunjuk taring, jalan mengepak. Dia orang kemudian jadi raja kat sekolah, habis mat geek, mat skema, mat belia kat sekolah dia orang 'pau'. Dia orang buli. Cikgu pun tak terlepas dari jadi mangsa. Pantang ada orang jeling sikit, ushar sikit, mulalah naik hantu. Apa Kau Ingat Aku Takut Dengan Budak Taik Macam Kau!!!

Mengikut pengamatan aku, majoriti budak-budak yang masuk kumpulan kongsi gelap ini bukanlah ganas mana sangatpun. Tidaklah hati kering kontang. Kebanyakannya gangster 'wanna be'. Takdelah brutal sangat pun. Berani bila ramai. Bila seorang diri, angkat muka pun tak nak. Aku yakin kebanyakan yang 'gangster wanna be' ini adalah bekas mat-mat skema, mat-mat geek yang tiada keyakinan diri, yang pernah jadi mangsa buli. Sebab itu mereka tertarik dengan perlindungan yang diberikan oleh Kongsi Gelap ini. Dengan adanya Kongsi gelap ini mereka akan rasa selamat untuk meneruskan kehidupan mereka yang 'pathetic' dahulu.


Yang kelakar tu, budak-budak poyo gangster ini ada fesyen sendiri. Rambut mesti diwarnakan. Kalau boleh warna blond. Tidak kisahlah warnakan satu kepala atau highlight sikit-sikit kat hujung jambul. Yang penting, wajib ada warna lain selain hitam kat rambut. Aksesori wajib pulak, mesti ada  rantai atau gelang silver,atau yang berduit sikit pakai rantai atau gelang emas celup Zhulian milik mak atau kakak diorang. Buah rantai pula mesti ada naga, phoenix, labah-labah atau harimau. Kalau boleh buah rantai ini mestilah dari batu jed warna hijau. Oh,sebelum lupa... naga dan harimau biasanya menjadi haiwan pujaan diorang. Diorang pantang nampak gambar harimau atau naga. Kalau boleh gambar-gambar binatang ini mesti ada di baju, di cermin kereta, di motor, di monitor PC atau di jadikan screen saver di skrin telefon bimbit. Errhhhhhhhh,Taksub Giler!!!!!!!!!

Lagi satu aksesori wajib adalah beg silang. Kalau takde beg silang ini boleh tercalar ego ke'kongsian diorang ini. Beg silang ini dengan mudah dan  murah boleh diperolehi di uptown-uptown yang bersepaha-sepah di Kuala Lumpur.


Di sebalik rupa luaran diorang yang di grooming seganas habis, diorang ini berjiwa halus sebenarnya. Diorang sukakan kesenian tangan. Kesenian tangan ini tidak jauh bezanya dari kesenian tangan di dalam tarian india, atau seperti yang terdapat di dalam tarian Mak Yong. Bebagai jenis bentuk kesenian tangan yang kononnya membawa maksud dan makna tertentu di tunjukkan diorang. Percaya atau tidak, tangan diorang boleh dibentuk menjadi seperti kura-kura, burung, harimau, dan naga. Walau aku benci aktiviti diorang yang lain, aktiviti tarian tangan ini agak menarik bagi aku. Penuh estetik dan berjiwa halus. Haha. Paling cool adalah cara diorang bersalam. Macam hand shake budak-budak hip hop pun ada.


Kalau korang semua nak tahu apakah perkara yang paling aku menyampah adalah ketaksuban diorang terhadap ketua diorang. Sanggup peluk cium. Aku rasa mak bapak diorang sendiri pun diorang tak layan macam itu. Sakit mata sungguh!


Sebenarnya kongsi gelap bukanlah perkara baru di negara ini. Kewujudan kongsi gelap adalah seawal kedatangan masyarakat cina ke negara ini. Kongsi gelap adalah budaya masyarakat cina yang berusia ratusan atau mungkin ribuan tahun. Tujuan penubuhan kumpulan kongsi gelap pada awalnya adalah untuk 'mengembalikan dinasti Ming dan menggulingkan kerajaan Manchu' . Ini adalah kerana orang cina yang terdiri dari orang-orang Han menganggap dinasti Manchu adalah penjajah yang menjajah mereka. Oleh itu, mereka telah menubuhkan kumpulan-kumpulan rahsia yang tersusun untuk menggulingkan Manchu. Kumpulan-kumpulan inilah yang dinamakan Kongsi gelap atau Triad.


Apabila orang-orang cina datang ke Malaya. Mereka telah membawa sekali budaya Kongsi Gelap ini. Apabila sampai di Malaya, mereka telah mengubah tujuan sebenar kongsi gelap iaitu 'menggulingkan Manchu dan mengembalikan Ming' kepada aktiviti-aktiviti pemerasan dan aktiviti-aktiviti haram lain. Sewaktu Malaysia masih di ancam oleh pengganas komunis, dipercayai kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap ini memainkan peranan yang penting membantu komunis. Dan ada dianatara kumpulan Kongsi Gelap sekarang ini adalah merupakan pecahan kepada rejimen-rejimen komunis Malaya.


Sekarang ini, seperti kumpulan jenayah terancang yang lain seperti Yakuza, Mafia, dan Kartel Columbia, Kongsi Gelap mengutamakan bisnes. Bisnes mereka kebanyakannya adalah bisnes haram seperti DVD cetak rompak, pusat hiburan haram, pusat perjudian haram, Ah long, pelacuran dan pengedaran dadah. Bisnes haram ini memberi keuntungan yang banyak kepada mereka.


Oleh kerana ini, apabila ada budak-budak Melayu  bangga mahu menunjukkan diri mereka itu adalah anggota kumpulan kongsi gelap.Aku teringin nak tanya apa yang sebenarnya korang buat dalam kongsi gelap tu?


Kalau setakat nak tunjuk kuat, aku rasa tak payah masuk kongsi gelap pun kau boleh pukul orang.
Lebih baik kau habsikan masa muda kau dengan perkara-perkara yang berfaedah yang lain. Jauhilah aktiviti kongsi gelap yang tak berfaedah ini. Kalau korang kantoi dengan polis, korang boleh ditahan di Simpang Renggam di bawah Akta Darurat. Sia-sia masa muda korang semata-mata lu nak tunjuk kuat.


Adakah korang rasa ianya berbaloi?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites