Wednesday, June 02, 2010

Tanda Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. Ingat,walaupun lelaki ni sering d'kaitkan dengan punca-punca kenapa sesuatu hubungan itu gagal, tapi ktew tak patut 100% menyalahkan pada lelaki.. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan, nobody's perfect.. Anyway, korang layanlah dulu ciri-ciri yang ada pada seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta..

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa..

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap..

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya..

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap..

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya..

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga..

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya..

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya..

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain..

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja..

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya..

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama..

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya..

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri..

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya..

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya..

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar..

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain..

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya..

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya..

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri..

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya..

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..


Jadi nasihat untuk perempuan, hargailah setiap lelaki yang sanggup lakukan segalanya hanya untuk satu-satunyew perempuan yang dia sayang dan cintai.. Lelaki sanggup melakukan semua itu bekan kerana dia bodoh kerana cinta, tapi sebab dia mula merasakan betapa b'nilainya cinta dalam kehidupannyew.. Jangan disangka lelaki yang pernah melakukan kesilapan dalam perhubungannyew akan terus melakukan kesilapannyew sampai biler-biler.. Lelaki juga seorang manusia biasa, yang mampu berubah dan belajar dari kesilapannyew.. Jadi, cubalah ambil masa untuk berfikir dan berilah peluang seterusnya untuk lelaki m'buktikan bahawa dye benar-benar berubah demi untuk bersama dengan insan yang paling dia sayang dan cinta..

Apa yang aku share ni bukan rekaan semata-mata.. Ianya 100% dari pengalaman yang aku pernah alami hingga kini dan dari pendapat pakar-pakar motivasi tentang cinta sejati dan naluri seorang lelaki.. Sama ada korang nak percaya or x apa yang aku share ni terpulang lah pada diri korang untuk menilainyew..

3 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites