Kongsi Gelap!! Apa Tu??

Aku tak faham kenapa sekarang ini ramai budak sekolah (remaja) terutama budak-budak Melayu terjebak dalam kegiatan kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan gangster.

Fixie Phenomenon

A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known in the USA as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast means the pedals are always in motion when the bicycle is moving.

Sepatu Nike Untuk Wanita

Kuning menunjukkan simbol Keazaman

Light Painting Photography Art

Light painting is the art of capturing those lines in photos. This is a very stunning and captivating look that you can use to create some gorgeous photographs.

Damn of Public Buses

Important Thing Situation Of Public Buses At Malaysia That I Hate Is :

Saturday, August 06, 2011

Rupa Kiamat.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, June 13, 2011

Harta Bukan Kebahagiaan.

Foto


BENARKAH harta tidak boleh membeli kebahagiaan? Jika betul, apakah bentuk kebahagiaan yang boleh didefinisikan tanpa harta andai makan pun terpaksa meminta? Dan bagaimana pula ada keluarga kaya raya yang diketahui memiliki harta dan wang ringgit sebaliknya dibelenggu kesengsaraan dengan pelbagai episod duka yang membawa kematian secara tragik, termasuk membunuh diri?
Mungkin pelik bagi kita, tetapi mereka, khususnya di negara Barat, rentetan kehidupan tragik yang membelenggu nasib keluarga hartawan ini ibarat sumpahan. Malah itulah beri pengakhiran menyedihkan waris keluarga hartawan John Paul Getty III daripada keluarga Getty - hartawan Amerika Syarikat; Christina Onasis yang dikenali pewaris keluarga perkapalan Greek; waris Johnson & Johnson juga hartawan Amerika, Casey Johnson; Lee Yoon Hyung, anak perempuan keluarga Samsung dari Korea Selatan dan Edoardo Agnelli, pewaris syarikat kereta Fiat di Itali?


Hakikatnya, mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain kerana dilahirkan pada abad dan benua berbeza tetapi ada persamaan yang mengikat mereka - pewaris empayar perniagaan bernilai berbilion dolar tetapi mati dalam keadaan penuh tragik.

Kematian John Paul Getty III, 54, pewaris minyak pada Februari lalu, sememangnya mengejutkan ramai kerana ia menjadi penamat rentetan kesengsaraan yang dialami insan ini. Datuknya, John Paul Getty, hartawan minyak bergelar bilionair, pengumpul koleksi seni dan dermawan, pernah dinobatkan sebagai lelaki terkaya Amerika Syarikat pada 1957.

Menepati kata-kata kaya tapi sengsara, biarpun punca kematian John Paul Getty III tidak didedahkan, apa yang diketahui dia berkerusi roda dan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi sejak 1981 apabila pengambilan dadah secara berlebihan menyebabkannya lumpuh dan hampir buta. Dia pernah menjadi subjek liputan media pada 1973 apabila diculik dan tuntutan wang tebusan mencecah lebih AS$17 juta. Bagaimanapun polis menolak dakwaan dia diculik dan sebaliknya satu penipuan bagi memeras wang datuknya. 

Satu lagi kisah tragik mendalangi kehidupan Christina Onassis. Dunia mengenalinya ahli perniagaan bijak yang pernah menghasilkan keuntungan RM3.03 bilion sehari! Mewarisi empayar perkapalan Greece daripada bapanya, Aristotle Socrates Onassis dan isteri, Athina, Christina dianggap bertuah dilahirkan dalam keluarga antara terkaya di dunia. Sayangnya, kekacauan dalam hidupnya bermula pada usia muda apabila perceraian penuh sengketa ibu bapanya pada pertengahan tahun 1960-an diberi liputan besar-besaran oleh media. Dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila bapanya mengahwini balu Presiden John F Kennedy, Jacqueline Kennedy pada 1968. Media sekali lagi memainkan kisah itu dan mengikuti rapat perjalanan keluarga Onassis terutama tentangan Christina terhadap perkahwinan itu.

Berusaha melakar sendiri jalan hidupnya dan melarikan diri daripada tumpuan, Christina berpindah ke London dan memasuki Queens College untuk meneruskan pelajaran dalam bidang fesyen. Namun dia keciciran beberapa bulan kemudian, pada usianya 19 tahun.

Kekalutan terus memburunya apabila Athina mengahwini Stavros Niarchos, yang bukan saja bekas iparnya tetapi saingan terbesar kepada empayar perkapalan Onassis. Ketika akhbar ghairah memaparkan kisah itu, Christina mencipta berita untuk diri sendiri dengan mengahwini lelaki 27 tahun lebih tua daripadanya ketika berusia 20 tahun. Sumpahan keluarga Onassis bermula pada awal tahun 1970-an apabila abangnya, Alexander, maut dalam kemalangan kapal terbang pada tahun 1973, diikuti ibunya setahun kemudian dan ayahnya pada tahun 1975.

Di sebalik kejayaannya mengendalikan perniagaan keluarga, kehidupan peribadi Christina kerap membayangi pencapaiannya dan wajahnya kerap menghiasi muka depan akhbar gosip dan hiburan. Dia dikatakan menagih pelbagai jenis dadah. Pada 1985, Christina melahirkan anak dengan suami keempatnya, Thierry Roussel, dan dinamakan Athina, sempena ibunya. Sayang, kelahiran Athina masih belum cukup membahagiakan Christina apabila dia ditemui mati di rumah rakannya di Argentina akibat serangan jantung disebabkan ketagihan dadah selama bertahun-tahun pada usia 38 tahun. 
Dunia meratapi kehilangan wanita besi yang dianggap ramai sebagai ‘bakat semula jadi’ dalam bidang perniagaan, mewarisi kepakaran bapanya.

Malangnya, sumpahan itu tidak berakhir dengan kematian Christina sebaliknya terus memburu kehidupan anak tunggalnya, Athina. Satu-satunya pewaris kekayaan Onassis, Athina, 26, cuba menjalani kehidupan normal yang baik, di sebalik membesar dalam skandal, tragedi dan kematian mengejut.

Legasi itu dipersalahkan ke atas kehidupan mewah keluarganya, sesuatu yang cuba dielakkan sejak mengahwini ahli sukan berkuda Brazil, Alvaro Alfonso de Miranda Neto atau dikenali sebagai Doda, 38.

Ketenangan itu, bagaimanapun mengganggu kehidupan pasangan suami isteri berkenaan apabila bekas kekasih Doda, Cibele Dorsa, membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediamannya Januari lalu.

Lebih memalukan Athina, bekas model Playboy berusia 36 tahun itu meninggalkan nota bunuh diri yang merungut mengenai peraturan yang membenarkan anak perempuan Cibele dan Doda, Vivienne dan anak lelaki hasil perkahwinan pertama aktres itu, Fernando, dijaga oleh Athina dan Doda. Cibele bersetuju kedua-dua anaknya dipelihara Athina dan Doda tetapi amat merindui cahaya matanya itu.

Bekas pembantu kepada bapa Athina, Alexis Mantheakis, berkata sumpahan Onassis kembali menghantui Athina walaupun kali ini tidak terkena kepada diri sendiri tetapi mensasarkan orang yang ada kaitan dengannya.

Berkongsi nasib sama dengan Christina ialah pewaris empayar perniagaan penjagaan diri, Johnson & Johnson. Casey Johnson, 30, ditemui mati di sebuah rumah, tahun lalu. Lebih menjijikkan apabila laporan menyebut rumah berkenaan dipenuhi tikus. 

Dia yang disahkan menghidap diabetes ketika masih kanak-kanak, Casey membesar menjadi remaja liar yang memaksa keluarganya memutuskan hubungan dengannya. Pengambilan dadah dan alkohol memaksa ibunya, Sale, mendapatkan perintah memelihara anak angkatnya, Ava, apabila Casey enggan menjalani rawatan memulihkan masalah ketagihannya. Selepas disingkirkan daripada keluarga, kereta Porsche miliknya ditarik dan rekod mahkamah menunjukkan dia berhutang lebih RM300 ribu. 

Laporan menyebut mayat Casey ditemui oleh pembantu rumah dalam bilik tidurnya di West Hollywood pada 4 Januari 2010. Bagaimanapun, laporan panggilan ke talian 911 mendedahkan Casey meninggal dunia di rumah salah seorang rakannya di Los Angeles ketika ditinggalkan sendirian apabila rakannya keluar bersuka ria. 

Pemanggil tidak dikenali melaporkan tubuh Casey sejuk dan tangannya berwarna biru. Pada 4 Februari 2010, Pejabat Koroner Los Angeles mengumumkan dia maut disebabkan diabetic ketoacidosis kerana mengabaikan pengambilan ubat dan tidak mendapatkan rawatan.

Jalan cerita yang menimpa pewaris syarikat elektronik gergasi Korea, Samsung, pula agak berbeza tetapi tetap menuju penamat sama - kematian menyedihkan. Jelitawan, Lee Yoon Hyung, jelas memiliki wang mencukupi untuk memenuhi minat mendalamnya terhadap kereta lumba dan lukisan. Dengan harta peribadi dianggarkan bernilai £105 (RM514 juta)dan ijazah daripada universiti berprestij di New York dan Seoul, sepatutnya tiada had apa yang boleh dicapainya. 
Bapanya, Lee Kun-hee yang kini bergelar bekas Pengerusi Samsung, adalah antara orang terkaya di Korea Selatan yang kerap dimomokkan sebagai Republik Samsung.

Namun itu nyata bukan yang dicari dalam hidup apabila Lee menamatkan hayatnya dengan menggantung diri menggunakan wayar elektrik di kediamannya di New York pada 2005. Lee baru berusia 26 tahun ketika mengambil keputusan nekad itu. Rakan-rakan Lee berkata dia semakin sunyi dan tertekan sejak berpindah ke New York selepas rancangan untuk mengahwini teman lelakinya ditentang ibu bapanya kerana dianggap tidak sepadan.

Lee paling menonjol daripada empat pewaris Samsung kerana abang dan dua lagi kakaknya enggan dikenali ramai. 
Keyakinan diri dan pesona menjadi bukti dalam laman web peribadi yang dinamakan sebagai Pretty Yoon Hyung, yang memperincikan kehidupannya. Di Korea, Lee sentiasa dikawal sekurang-kurangnya dua pengawal peribadi dan selepas berpindah ke New York, pemandu yang bersedia 24 jam mengiringinya ke seluruh bandar raya itu dengan limosin.

Namun kehidupan penuh gaya Lee semakin suram. Penjaga pintu bangunan tempat dia menginap memberitahu kadang-kadang Lee tidak keluar daripada kediamannya selama seminggu.

Kematian Lee terus memburukkan keadaan syarikat paling kaya, paling berpengaruh dan paling penuh rahsia yang sudah dikejar publisiti negatif termasuk pendedahan skandal rasuah.

Bagaimanapun, kematian pewaris empayar perniagaan dan kereta Fiat, Edoardo Agnelli, paling diselubungi kontroversi apabila Iran mendakwa kematiannya dirancang Israel kerana berang dengan tindakan Edoardo memeluk Islam lima tahun sebelum dia dijumpai mati pada November 2000.

Di Itali, kematian Edoardo selepas terjun daripada jambatan di Turin ketika berusia 46 tahun, dilihat sebagai kes bunuh diri tragik tetapi di Teheran, dia diagungkan sebagai syahid kerana dibunuh oleh rejim Zionis itu.

Konspirasi bermula dengan dakwaan Edoardo memeluk Islam dan berfahaman Syiah, kemudian ejen Israel memutuskan Fiat tidak boleh jatuh ke tangan orang Islam, membunuhnya dan memastikan keluarga Elkann yang berdarah Yahudi, perlu menguruskan dinasti pengeluar kereta itu. Bagaimanapun, penyiasat Itali tidak menemui bukti selain kematiannya disebabkan bunuh diri.

Edoardo memang menunjukkan minat mendalam terhadap mazhab Syiah sebaik melawat pengasas revolusi Iran pada tahun 1979, Ayatollah Khomeini. Namun graduan sastera dan falsafah itu turut berminat dengan agama lain dan gemar mengembara ke Asia dan Afrika.

Sukar mencari punca yang mengelirukan pewaris berstatus jutawan itu sehingga kematian mereka berakhir secara menyedihkan. Jika kemurungan dan tekanan menjadi penyebab, mereka mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk mendapatkan bantuan pakar. Mungkinkah juga, kekurangan kasih sayang menjadi puncanya dan benarlah harta dan wang yang melimpah ruah, tidak mungkin dapat menjadi pengganti kasih sayang dan kunci kebahagiaan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites