Kongsi Gelap!! Apa Tu??

Aku tak faham kenapa sekarang ini ramai budak sekolah (remaja) terutama budak-budak Melayu terjebak dalam kegiatan kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan gangster.

Fixie Phenomenon

A fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known in the USA as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast means the pedals are always in motion when the bicycle is moving.

Sepatu Nike Untuk Wanita

Kuning menunjukkan simbol Keazaman

Light Painting Photography Art

Light painting is the art of capturing those lines in photos. This is a very stunning and captivating look that you can use to create some gorgeous photographs.

Damn of Public Buses

Important Thing Situation Of Public Buses At Malaysia That I Hate Is :

Sunday, March 06, 2011

Adab Ketika Berada Di Kedai Makan.


Manusia dan adab ibarat pasir dan lori pasir. Tiada pasir maka tiadalah lori pasir maka tiadalah budak-budak bermain pasir. Eh, kenapa pelik sangat anologi yang aku terangkan di sini. Salah satu adab yang harus diberi perhatian adalah adab ketika berada di kedai makan. Dekat kedai makan pun kena beradap ke? Ada sesetengah manusia ni kalau sebut pasal makan je terus hilang pedoman dan maruah diri dah tak kira dah adab sopan semua  main belasah je macam biawak komodo. Jadi entri kali ini aku ingin memberi sedikit tips bagaimana untuk beradap di dalam kedai makan tidak kiralah kedai makan tu cuma warong picisan ataupun restoran 5 bintang sekalipun. Disini telah digariskan teknik-teknik beradap di kedai makan.
1) Sila periksa duit anda sebelum masuk ke kedai makan bukan selepas dah habis makan baru nak periksa. Lagi besar sesebuah kedai makan bertaraf restoran makin banyaklah duit yang diperlukan.  Ini bagi mengelakkan anda menjadi pencuci pinggan mangkuk bersiri di premis berkenaan. Sumpah malu dowh kalau perkara ni terjadi.

2) Elakkan diri dari memesan makanan yang terlalu eksotik seperti Kari Kepala Bot, Ikan Jerung Masak Asam Pedas, Tupai Masak Anai-anai dll. Gila teruk nafsu makan korang sampai macam tu sekali order.

3) Jangan tokok tambah pesanan seperti “Bang saya nak order nasi goreng seafood tak nak rumpai laut kat dalam tapi udang tu kalau boleh letak sebakul ye bang.” Jangan risau permintaan anda tidak akan dilayan. Hahaha.

4) Kontrol kehenseman anda dan kejelitaan anda di kedai makan. Ini bagi memberi tanggapan positif pada pengunjung lain di premis berkenaan terhadap anda bahawa kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Disaat-saat mahu ketawa ataupun berbual sila lakukan dengan cara bersopan dan berhemah. Jangan sampai ketiadaan adab anda ketawa terbahak-bahak dirakam lantas diletak di saluran Youtube untuk dikeji beramai-ramai.
5) Bersabar dalam menunggu pesanan makanan anda disiapkan walaupun ia mengambil masa yang lama. Tapi kalau dah lama sangat sampai berkudis punggung menunggu sila ambil inisiatif untuk menghilangkan diri dengan jurus batin secara senyap-senyap tanpa perlu mengamok di premis makanan berkenaan.
6) Semasa sedang eksited menunggu makanan disiapkan jangan lakukan perkara-perkara yang pelik seperti mengambil sudu di atas meja makan lantas dijadikan tanduk dikepala. Lepas tu tangkap gambar untuk diletakkan di dalam Facebook. Tak pun masa makanan sampai terus keluarkan kamera tangkap gambar makanan sama tujuan nak letak dalam Facebook. Gila Facebook korang ni.
7) Semasa makan elakkan diri dari makan terlalu laju dan terlalu perlahan. Walau bagaimana keadaan anda makan sila kontrol keadaban anda itu. Elakkan dari makan terlalu gelojoh sampai ayam terpelanting ke atas meja orang lain. Dah malu pura-pura cakap ayam yang dimasak itu masih hidup terus nak saman kedai makan tu untuk kaber malu sendiri.
8.) Selepas makan jangan cepat-cepat bangun terus nak balik. Anda harus stay down untuk beberapa minit. Ini bagi mengelakkan perut anda rosak akibat belum habis hadam dah nak jalan lagi. Tenangkan diri dulu. Yang paling penting sekali adalah, lepas makan jangan lupa nak bayar.

Saturday, March 05, 2011

Damn Of Public Bus.

Important Thing Situation Of Public Buses At Malaysia That I Hate Is :




1) Kena Tunggu
Untuk menaiki bus kita kena mempunyai satu kesabaran menunggu yang sangat tinggi didalam diri. Kadang-kadang driver bus pergi sarapan diwaktu pagi. Jadi bersabarlah kalau bus tu lambat sampai. Sambil menunggu tu korang bolehlah main sodoku atau membaca novel yang ada. Kalau anda merupakan mat rempit tak payahlah nak menyamar jadi driver bus menyemak di bus stop untuk mencari cikaro. Perempuan tak bodoh dalam membezakan motor cup beroda dua dengan bus beroda enam.

2)  Pemandu Bertaraf Iblis
Bawak bus macam orag kena rasuk setan. Sekejap laju sekejap perlahan. Sekejap main brek lepas tu amik corner macam nak pergi lumba F1. Tonjol kereta dihadapan. Sedang asyik melihat panorama indah di tingkap bus kita dikejutkan dengan hon bus yang dah macam bunyi hon kapal kargo. Lepas tu pemandu tu mencarut-carut marahkan kenderaan dihadapan mereka.  Aku rasa macam nak bangun dari sit penumpang melangkah dengan penuh sopan kearah driver memberi sedas dua penampar siam kepada dia. Cilaker perangai.

3) Penumpang Yang Menghanginkan
Penumpang ni duduk depan. Member dia duduk selang sebaris dua dari dia. Lalu perbualan terjadi macam orang zaman batu. “Oi mat, kau malam tadi dah me*****p belum” lalu member dibelakang menjawab “Waa, kelakarnya gurauan kau macam harun”. Cakap perlahan mana boleh kerana bunyi enjin bus dah macam bunyi enjin kapal terbang. Lalu jeritan-jeritan berkumandang disana sini. Pening kepala aku. Kan bagus kalau ada undang-undang dalam bus sama macam undang-undang dalam library. Sila jangan bising bila berada dalam bus. Alangkah indahnya…

4) Lagu Perkauman
Ini dipengaruhi oleh si pemandu. Kalau pemandu dia Melayu dia akan bukak radio Era dan Hot.fm. Kalau pemandu dia India dia akan hack radio bus tu untuk tembus siaran stesyen radio Madras. Kalau dia Cina dia buka lagu orang putih. Serius, aku belum pernah dengar pemandu bus cina buka lagu Aaron Kwok. Kalau buka lagu hindustan sumpah aku tak paham inikan pula lagu hindistan. Buka lagu Melayu sudah. Kau paham aku pun paham. Kata nak terapkan semangat 1Malaysia. Jadi pasanglah lagu mengambarkan Bahasa Kebangsaan.

4) Tak Boleh Leka
Kalau memandu kereta kita kena fokus. Tak boleh tertidur dan ringan-ringan bersama pasangan ketika sedang memandu. Nanti terbabas melanggar pembahagi jalan. Korang ingat naik pengangkutan awam boleh tidur suka hati ke. Terlepas bus stop tak ke naya nanti nak patah balik. Kalau naik bus express lagi bahaya. Bila tyme dia berhenti di port rehat tepi highway untuk aktiviti membuang urine korang kena alert. Nanti tengah sedap mengemut memotong najis sendiri, bus secara sopan pergi meninggalkan anda. Memang gelaplah masa depan.

5) Duduk Dengan Orang Tak Dikenali
Cuba bayangkan anda tengah sedap-sedap duduk dalam bus sambil membaca novel. Tetiba ada orang tak dikenali duduk disebelah anda. Bau badan dia dah macam haramjadah lepas tu tidur gaya minta penampar. Huh, boleh sesak jiwa dan raga aku korang tahu tak. Aku kecualikan perkara ini kalau yang duduk sebelah aku tu berstatus awek-awek. Hahaha.

6) Environment Dalaman
Korang duduk dalam bus. Lepas tu mata menjalar melihat contengan-contengan penulis bebas. Ada nombor talifonlah, ada tulisan mencarut-carutlah marahkan kekasih hati mereka. Tiket bus pula bersepah-sepah dekat sana sini. Kadang-kadang aku nak sentuh tingkap bus pun fikir 2-3 kali. Yelah, manalah tahu dorang ada menabung lembaga hasil dalam hidung mereka ditingkap. Kita pun main sedap je sandarkan kepala dekat cermin. Eeeeeuuwwwww.. haha

7) Bus Sakit
Dah tahu bus tiada aircond tak payah lah bawa. Kesian penumpang berpeluh-peluh dalam bus.  Da macam Bilik Sauna kt Spa-Q plak. Lepas tu bus jenis pasang spring kayu dekat tayar. Bila langgar lubang rasa macam nak melayang pergi ke bumbung bus. Then ada bunyi cit cit macam tikus. Bunyi absober pun dah minta untuk diganti. Serius aku risau bebeno kalau berada dalam bus keadaan macam syual. Sekarangkan macam-macam kes berlaku tu yang aku rasa risau semacam je tu.

p/s: Last Saturday keluar dengan Wontel & Bella, dan2 jew dalam bas aku rasa nak pening nak muntah then turun-turun bas jew terus ase cam nak pitam sampai berpeluh.. Damn!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites