
Aku tak faham kenapa sekarang ini ramai budak sekolah (remaja) terutama budak-budak Melayu terjebak dalam kegiatan kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan gangster. Menjadi ahli kumpulan kongsi gelap dan gangster sudah menjadi trend, dah jadi satu sesuatu yang popular. Aku katakan popular adalah kerana remaja yang terjebak dalam kumpulan haram ini bukan sedikit jumlahnya. Kalau tak percaya, korang boleh survey sendiri sekolah-sekolah di Lembah Kelang ini. Aku boleh potong jari kalau korang jumpa satu sekolah yang tiada ahli kongsi gelap (yang terdiri daripada para pelajarnya). Bukan sekolah-sekolah di Lembah Kelang sahaja, malahan sekolah-sekolah...